05 September 2009

#tak payah guna tajuk la eh...

Hmm…

Dah nak 15 puasa dah hari ni.Tak terasa pun…(pinjam kata-kata mak angkat aku). Alhamdulillah….Semua masih berjalan dengan lancar dan terlaksana. Kalau masuk bulan puasa ni. Banyak kenangan lama yang mengusik jiwa. Maklumlah, dari kecik sampai aku kenal betapa besarnya nilai not duit RM100 tu. Aku dibesarkan dalam suasana kampung.
Felda..

Meh aku citer sikit.
Felda aku ni tak la besar mana pun. Aku pun tak pernah ambik tau berapa persegi kebesarannya. Tapi yang kau tau sejak diteroka dulu ada kurang lebih 400 peneroka berdaftar dalam Felda ni.

Felda ni terdiri dari Jalan A sampai la Jalan T. Dalam satu Felda ni pulak terbahagi kepada 4 buah kampung. Kampung Sekolah, sbb kampung ni terletak dekat dengan sekolah rendah. Kampung Klinik, sbb kampung ni terletak dekat dengan klinik. Kampung Tengah, sbb kampung ni terletak betul tengah2 felda ni. Last.. Kampung Bahagia, aku pun tak tau kenapa kampung bahagia? Keluarga aku duduk dalam kelompok kampung bahagia ni la, yang terdiri dari Jalan Q dan P. Mungkin disebabkan hanya 2 jalan yang terlibat kami semua saling kenal mengenali. Rapat,mungkin sebab itu la dorang namakan kampung bahagia kot. Aku teka jer nih….!

Dan setiap kampung ni ada surau, termasuk la kampung bahagia ni. Kalau nak puasa mesti ada kutipan derma nak buat kenduri sambut puasa kat surau aku. Sedekah, jadi terpulangla berapa nak bagi. Ada yang sedekah beras, gula, kopi, macam2 la. Memasak biasa buat secara gotong royong la. Biasa aku dengan member2 akan turun juga la, ringan2 kan tulang. Dah siap masak lauk dan nasi, akan dihantar ke rumah2. Sebungkus nasi dan lauknya. Masa aku budak2 dulu, kitaorang la jadi tukang hantar. Malamnya akan dibuat sedikit kenduri tahlil dan doa selamat untuk menyambut kedatangan Ramadhan dekat surau ni.

Tapi tu dulu la.. Sekarang dah tak buat lagi macam dulu. Cuma ada kendurinya lagi. Gotong royong memasak dan hantar juadah ke rumah dah tak buat lagi. Semuanya tempah siap.

Selain Masjid Jamek yang ada dalam Felda ni. Setiap surau akan buat solat terawih pada setiap malamnya. Termasuk la surau kampung bahagia ni. Dan setiap malam bermula dari hari pertama sampai la akhir Ramadhan akan ada moreh. Tau moreh…? Ala, sedekah makanan pada surau untuk jemaah surau makan selepas solat terawih. Biasanya di buat mengikut giliran. Gilir2 la…kalau tahun lepas bermula dari jalan P, tahun ni mula dari jalan Q pulak. Ada yang buat secara persendirian dan ada juga buat secara berkumpulan. Tiga buah rumah untuk 1 juadah 1 malam. Untuk lebih nampak sistematik, akan dibuat jadual gilirannya.

Bermula dari hari pertama puasa, kebiasaanya aku tak pernah missed datang surau. Sebab ada moreh ni la… Juadahnya sedap2. Bihun sup, mee bandung, lontong, nasi ayam… Paling kurang pun roti canai. Tak pun bubur kacang cicah dengan roti benggali. Tu pun sedap….

Ok kita tukar citer skit..
Masa aku budak2 dulu. Bulan puasa ni la paling best sekali. Banyak aktiviti2 malam. Datang surau awal, sebelum solat isyak lagi. Siap solat isyak jer, aku ngan member2 hilang la. Sementara tunggu habis solat terawih 20 rakaat tu. Main aci nyorok la dulu. Biasanya ahli2 tetap terdiri dari aku, apoi, salim, along, man, je, ae, sos, alil, ejan dan ramai la lagi. Tempat menyoroknya merangkumi 3 buah rumah. Biasa rumah yang jadi tapak menyorok kitaorg rumah pak Harun, pak Saari gelak ngan rumah pak Hassan pekak.

Macam2 benda jadi. Dah main pun dalam gelap. Yang jatuh longkang, yang menyorok sebelah babi, yang jatuh limbah. Kena berak ayam. Bergaduh bila lenget asyik jadi jer. Yang merajuk tak bertegur sebab tak dapat nak main. Memang seronok pengalaman budak2 dulu.

Bila dengar pak imam dah mula zikir tanda habis solat terawih. Sume dah standby kat surau. Tolong angkat pinggan ngan cawan untuk makan moreh lepas ni. Dah habis sume, tolong basuh pinggan pulak. Mane ada orang tua2 yang marah. Main – main jugak, tolong – tolong jugak.

Cover la…

Bila habis bab solat terawih biasa aku sambung lagi aktiviti malam aku. Lesen keluar malam aku dulu sampai pukul 11 malam. Ni dengan member2 lain pulak. Main meriam tanah. Kampung Bahagia ni dulu memang champion bab2 meriam ni. Aku nyaris kena parang dengan ayah member aku sebab main meriam belakang rumah dia. Tu belum kena kejar dengan polis yang selalu buat ronda malam2. Bukannya halangan itu semua, main tetap main. Paling tak akan aku lupa, jari aku nyaris putus sebab lampu karbait meletup kat tangan aku, berkecai lampu tu. Aku ingat jari aku dah kudung masa tu. Mujur luka jer. Parutnya sampai sekarang ada, sebab tu aku tak lupa. Aku yang cerdik sangat, karbait besar penumpuk. Airnya separuh, mau tak meletup. Ni satu lagi, dialog polis masa aku ngan member2 aku kantoi tak sempat lari masa main meriam. Polis ni kitaorang panggil Tok Din, dia jerit depan muka aku masa tu. Dia kata “hangpa nak jadi apa? Jadi berok!”. Start hari tu, aku memang dendam dengan dia. Tapi sekarang kalau jumpa, dah jadi macam kawan dah.

Semua dah tinggal kenangan jer sekarang. Bila jumpa member2 lama masa solat terawih baru2 ni. Semua citer2 ni keluar. Masing2 gelak berdekah-dekah bila dikenangkan balik. “budak2 sekarang bukan macam kita dulu”, tu kata-kata member aku baru-baru ni. Aku pun akui apa yang dia cakap tu. Bila aku tengok budak2 sekarang dekat tangan tak pernah lekang dengan telefon. Habis sembahyang isyak, sume pakat capai moto hilang tak kemana. Bila dah nak habis solat terawih datang balik, sebab nak makan.

Aku kadang2 geleng kepala tengok telatah budak2 ni. Paling aku rasa nak bagi penampar sebab tak reti bahasa. Dah tau datang surau, silent la telefon, kalau dah sayang sgt nak off telefon tu. Ni tidak tengah2 sembahyang boleh plak ada nada2 yang kurang menyenangkan. Takkan la sampai nak kena tegur dengan orang tua. Sedar2 sendiri sudah la…

Kadang-kadang teknologi ni memudaratkan juga kalau tak betul guna!







....................................

3 ulasan:

sharamli berkata...

maen aci ny0r0k...kena s0r0k dek antu baru tw.....

aina ilis berkata...

setuju! sngt2 stuju..
teknologi memudartkn idup..

Yunz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.