17 Julai 2009

SATIRA CHENTA SI ASHAB


Bukanlah bijak berurusan tentang itu.
Tapi pernah juga melaluinya.
Sejak dahulu, kini dan mungkin akan selamanya.
Pengalaman itu mendewasakan.
Meskipun bukan pengalaman sendiri.
Datangnya ia dari persekitaran.
Secara tersurat mungkin juga tersirat.

Puncanya tentang banyak perkara.
Tergantung atas mereka yang merasainya.
Seburuk mana pengalaman yang mungkin akan dirasai.
Jangan disalahkan pelakonnya.
Yang terdiri dari dirinya sendiri.

Tidak mungkin akan ada keenakkan semudah menyarung cincin dijari manis.
Jika hanya semudah itu, sama juga jika kehadapannya.
Yang sedia ada terbina pun kadang kala runtuh separuh perjalanan.
Inikan pula yang baru mahu berlayar meninggalkan jeti.

Seluas lautan, belum tentu gelombang itu bergolak seperti kocakkan air didalam sebuah gelas.
Tidak akan ada yang mampu membaca kiraan yang mengira-ngira.

Entah,
Sudah habis kata-kata.
Nilailah wahai kamu.
Kamu yang merasainya.
Kamu yang melayarinya.
Entah sejauh mana sudahannya?
Kamu dan dia yang mengetahui.
Nilai.
Taksir.
Takrif.
Conggak.
Kiralah.

Adakah semuanya amtlah berbaloi.
Untuk yang semalam, hari ini dan yang akan datang hingga keakhirnya.

Mungkin...
















nota tercicir
berfikirlah untuk melepaskan diri kamu dari belenggu ciptaan sendiri.
masanya masih panjang untuk kamu lalui.
janganlah jadi seperti apa yang pernah aku lemparkan kepada kamu.
mungkin aku tidak seberpengalaman seperti kamu.
tapi tidak semestinya aku seorang yang cetek pemikirannya.

....................................

4 ulasan:

sharamli berkata...

c0nggak = c0ngak = c0ngkak?

Unknown berkata...

huhuhu...
bace sekali faham luaran
baca 2 kali hilang fokus
kali ke-3 baca faham cerita tanpa isi
klai ke-4 dapat pemikiran

aina ilis berkata...

no matter..
we're connected to the future

fahruzzaman.Ismail berkata...

sharamli: ko nih....jgn byk kira.penin karg!!!

tengku: erk....susah sgt ker!

aina: mudah2an....mungkin akan lebih baik dr semalam aku harapkan.