08 September 2010

sedih..

beberapa hari lagi akan bergema takbir raya menandakan tamatnya Ramadhan kali ini.


alhamdulillah....walaupun aku sgt2 sedar, kedatangan Ramadhan kali ini aku lalui dengan banyak cacat dan celanya.


hmmmm.....





aku sedar... Ramadhan kali ini sgt berbeza.


sebab?


kalau tahun2 yang lepas solat terawih aku paling tidak pun 5 atau 6 kali jer aku tinggal.


kali ini aku kira 5 atau 6 kali jer aku hadir berdiri di saf surau aku bersama jemaah lain menunaikan solat terawih.


aku sedar...betul2 sedar betapa lekanya aku.


bkn ingin menunjuk tentang kebaikkan.


tetapi nikmat bersama jemaah lain sekampung mengerjakan solat terawih tu yang akan aku rindui jika diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.





jadual waktu bekerja pun sudah di print out keluar seminggu yang lepas.


nyatanya...aku tercalon antara beberapa rakan lain yang akan beraya bersama di tempat kerja.


sedikit rasa sedih di hati mula melonjak2 keluar.


di umum pula cuti raya.





raya pertama hingga ke 3 bekerja.


raya ke 4 dibenarkan cuti.


raya ke 5 diminta bekerja semula.


raya ke 6 hingga ke 8 dibenarkan cuti semula.





oh cuti......





tadi dlm perjalanan pulang...


di lebuhraya utara selatan mengarah ke Ipoh.


kenderaan mula berpusu2 meluncur laju.


terasa kemeriahan raya itu mula menyala seterang lampu kereta dan motosikal yang banyak bertali arus di lebuhraya ataupun jalan lama.





persiapan menyambut kedatangan Syawal kali ini secara sederhana.


cuma sampul duit raya je aku rasa makin bertambah dan tidak pernah sederhana.


minggu lepas aku merayu dengan seorang kerani Bank Rakyat mintak nk tukar duit.


nasib baik dia bagi...


terima kasih banyak2 cik Fadilah.


tu nama kat name tag dia yang sempat aku tengok.

kepada semua rakan2 blogger yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung. sila patuhi lampu isyarat, ikut undang-undang dan INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

KELAJUAN BOLEH MEMBAWA MAUT.

pesanan ikhlas dr fahruzzaman.Ismail


4 ulasan:

FARYN berkata...

selamat hari raya weih!

Unknown berkata...

selaamt berhari raya..
bekerja itu satu ibadah..(sedih giler kena kejer timi raya)


saya doakan yang terbaik utk kamu

e. indah berkata...

salam terjejak di sini ...salam rayer ...berhati2 d jalan rayer ....

fahruzzaman.Ismail berkata...

salam raya 1 malaysia....hehehe