02 Mei 2009

WAJAHNYA ITU...




























........................................

01 Mei 2009

CERITA YANG LEPAS-LEPAS












sekitar majlis semarak bestari.
anjuran jabatan penyiaran malaysia bersama umno bahagianTanjong Malim.
perasmian dilalukan oleh YB Dato' Mohd Khusairi B. Abu Talib.
ADUN Slim River merangkap Ketua Bahagian Umno Tanjong Malim.
















nota tercicir
aku ke sana atas jemputan seorang rakan di jabatan penyiaran.
sambil2 semarak tu aku isikan kamera aku dengan muka2 diorang ni.
gambar last tu mengancam sangat ker???

hahahaha!

...................................................

29 April 2009

DUNIA SI KECIL



masa aku nak capture gambar budak ni, kaki dia dah main2 kat gigi air tasik tu.
nyaring suara mak dia menjerit2.
aku senyum jer.













nota tercicir
komen sikit pasal dunia si kecil anda...

........................................

22 April 2009

TINNN...TINNNTTT...TUMPANG LALU!!

aku masih sibuk lagi dengan bakal2 cikgu ni.
tiada kesempatan nak melapangkan masa yang berkejar2.

seperti kebiasaannya.
mungkin ada 1 2 cerita yang ingin dikongsi fa chai.
tp nanti2 lah aku update lagi.

aku mengantuk sekarang ni.
esok nak memekik dan tawaf menawaf melihat kerenah bakal2 cikgu ni.
haduih...












nota tercicir
aku tido dulu la.
nanti aku sambung cerita lagi.

........................................

21 April 2009

APABILA JAM DINDING MENUNJUKKAN PUKUL 9.00PAGI














nota tercicir
encik-encik, puan-puan, cik-cik bakal-bakal cikgu sekalian.
sila jangan banyak kerenah.
jika anda mahu berasa tenang dalam berjuang.

haha!

selamat berjuang.

.....................................

20 April 2009

TIADA APA-APA

tiada apa-apa...
entri, gambar pantun, sajak mahupun syair atau lain-lainnya.
kosong.
otak aku kosong sekarang.
aku tidak tahu mengapa.
banyak benda yang aku fikir semenjak 2 menjak ni.
kehidupan semakin sempit aku rasa.
sepertinya di tekan masuk ke dalam sebuah botol.
ya botol...
botol minyak gamat yang berharga RM 6.00.
di tutup rapat-rapat.
dengan ruang sekecil itu aku terpaksa bernafas.

celaru.
tiada lagi senyum kadang-kadang terukir pada bibir aku.
tidak mampu mungkin.
senyuman plastik juga.

aku harap ia berlalu dengan pantas.
aku harap ada hidangan untuk mengukir kembali senyuman.
walaupun sekadar plastik.
itu lebih baik dari sekarang.

pergilah jauh-jauh.
hidup aku sudah sedia ada semak sekarang.
nyah la kau!!!!!













nota tercicir
aku semakin sibuk dengan bakal-bakal cikgu.
kertas-kertas.
soalan-soalan.
jawapan-jawapan.

padan muka mereka!

....................................

19 April 2009

DAULAT TUANKU


DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG KE-81
SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSUFF IZZUDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAHU.

SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU DALAM LINDUNGAN
TAUFIK DAN HIDAYAH SERTA RI'AYAH DAN I'NAYAH.

amin~













nota tercicir
terima kasih atas kurniaan Tuanku.

isnin adalah cuti umum bagi negeri perak.
tidak kepada emas, gangsa, tembaga, suasa mahupun bijih timah.

haahahhaaa...

.....................................