Memaparkan catatan dengan label roda berpusing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roda berpusing. Papar semua catatan

06 Januari 2009

RODA BERPUTAR KE ATAS...

2.ooam Selasa 6 Januari 2oo9

Lambat masa berlalu...

Menanti datangnya 7, 8 dan 9 Januari 2oo9 banyak meninggalkan kesan keperitan.

Yaa...PERIT,sekali lagi PERIT,last..last...PERIT!!!

Kenyataan itu pasti datang menemui aku takkala dakwat ball pen itu digunakan dan ada seseorang pergi mengesahkannya.

Hanya menanti masanya tiba...

Ukiran senyuman aku akan lebih cantik dan mengkagumkan, lebih dari hasil tenunan songket Terengganu mahupun ukiran kayunya.

nota tercicir
sial kau biawak! kalau aku jumpa kau dengan bukti yang kukuh akan aku koyakkan mulut kau, supaya muat untuk aku sumbatkan segala apa yang kau kejar selama ini.


....................................................................

05 Januari 2009

KEMELESETAN KESIHATAN

1.19am

Sudah menjangkau dinihari...
Badan aku terasa sejuk sekejap, panas sekejap.
Amat-amat kurang selesa.

Kesihatan aku agak terganggu dalam 2 3 hari yang sudah berlalu.
Badan agak sedikit lemah, tekak semakin perit serta desakkan batuk aku semakin berlarutan.

Kata mak aku: Aku selalu keluar malam dan balik lewat. Berembun selalu.
Aku hanya menadah telinga menerima bebelannya.

Kata seorang kawan aku: Aku kuat sangat merokok dan berembun sampai lewat malam.
Aku hanya mengatakan aku ok sahaja. Jangan risau.

Harap-harap dalam masa 1 atau 2 hari lagi akan beransur 'kebah' semula.

nota tercicir
sejak kesihatan terganggu, aku isytiharkan perang dengan panadol atau segala jenis ubat yang sewaktu dengannya. (mereka adalah musuh aku sekarang)
aku teringin nak bermalam di wad la...


....................................................................