30 November 2010

tak payah letak tajuk la...

tadi pegi makan.
sorg je.
dh lapar sgt,mmg tak ingat org lain dh.

suruh org tu cedok nasi.
letak lauk ala kadar.
terus duduk,baca doa dan suap.

dlm pada lahap2 makan tu, mata tengok la kiri kanan jugak.
terpandang satu maje.
couple la kot.
cik abang duduk mengadap cik kakak.
sebelah cik kakak ada adik kecik pegang buku.

cik abang main mata cakap2 sikit dengan cik kakak.
sambil hirup air teh o ais guna straw.
cik kakak tertunduk malu, senyum2 sikit.

yg aku terpikir.
bagus diorg ni date ajak adik teman.
masih juga boleh date kan.
sembang2.
belanja makan, minum dan mungkin gula2 utk adik si kakak.
walaupun hanya kat kedai mamak.

tak mcm aku..
makan pun sorg.
kadang2 xselera makan sbb makan sorg2.
kadang2 la..

16 November 2010

salam aidiladha


salam aidiladha buat semua...

11 November 2010


layan sekali sekala...

lagi best layan kat sini sebab ada bnyk tv dr kat umah.

08 November 2010

hot!!!


ye...
hot!panas!
lebih panas dari cerita pasal Pak Najib masuk hospital. pasal BN menang di Dun Galas dan Batu Sapi. tu belum dibandingkan dengan letusan Merapi dan banjir di utara tanah air. sbbnya dah berapa lama aku dengar pasal benda ni.

penah dengar pasal tokek atau gecko? aku pun tak pasti hatta tengok pun tak pernah lagi. tapi yang pasti binatang ni dah jadi macam Paul, sotong yang pandai meramal tu. sehingga pada satu ketika aku pun naik menyampah disebabkan kekalahan Argentina masa piala dunia ari tu.

laa....lari tajuk dah!

tokek..
ye....
korang sume pernah dengar pasal binatang ni?

aku takdalah tau banyak sangat. tapi mengikut ceritanya binatang ni mempunyai nilai jutaan ringgit di pasaran. diorang cakap boleh buat ubat untuk penyakit HIV. tidak dapat dipastikan kesahihan tersebut. dan mengikut cerita mulanya kajian dibuat pada beruang. kerana hanya pada beruang je yang ada enzim untuk penyakit HIV. munkin disebabkan terlalu bahaya untuk mendapatkan seekor beruang, dan menyalahi undang-undang kajian dibuat dan mendapati tokek/gecko ini mempunyai enzim yang sama. ini pun tak dapat dipastikan kesahihannya.

diberitakan seorang pemuda disabah menjumpai tokek ini seberat 64kg. dan dipasaran mereka membeli 300gram dan keatas sahaja. dengan hanya 300gram ini nilainya boleh mencecah lebih RM500 ribu. betul atau tak aku tak pasti. yang pasti ramai yang dah mula gila mencari tokek ni.

tokek ni juga dikatakan agak merbahaya dan berbisa. kerana lendiran yang keluar dari mulutnya bila mengigit boleh menyebabkan daging kita menjadi reput.

aku dapat berita kawan aku ada menyimpan seekor tokek ni. dekat tempat tinggal aku kat kampung pun ada juga, tapi beratnya baru mencecah 100gram.

entahla...dunia ada macam-macam cerita untuk dikongsikan.
betul tak??

apa nak kata..



aku sedih bila tengok gambar nih.
tiada motif apa2.
dan aku dah taknak cakap mcm ni lagi.
"bukan nak kata diri aku baik"
dh murah ayat mcm tu.

sbb aku masih bleh guna akal anugerah Tuhan dengan baik.
bukan baru.
sbb aku biasa juga buat kerja2 amal melibatkan benda2 mcm ni.
tempat aku tinggal ada poly,universiti, sekolah dh tentu ada la kan.
kalau kne bdk2 poly atau uni ni.
bila tny dari mana.

KL....
KL....
KL....

ye aku tau aku org kmpgan jer.
dungu..
selekeh...


untuk info lebih mendalam sila la klik

ohtidak.com

doa untuk mereka...



untuk saudara diseberang...
bersabarla,
atas dugaan Yang Maha Mengetahui.
ujian itu sentiasa akan datang untuk menduga hamba-hambanya.

untuk saudara-saudara yang di dalam negara juga.
sentiasa aku berdoa untuk keselamatan kalian sekali.

Ya Allah..
sesungguhnya kami semua dalam keadaan daif dan lemah.
bantulah kami.
hanya padaMu kami memohon pertolongan.