28 Julai 2009

YANG KEDUA

alhamdulillah.....
hari ini,
merupakan tahun yang ke 24 aku berjalan atas alam ciptaanNya.

syukur,
aku di beri kesempatan untuk bertemunya lagi tahun ini.

mari aku imbau sedikit kisahnya,

tarikh 28 Julai 1985
Jam 0130 am
Hospital Daerah Tapah, Perak.

aku dilahirkan oleh ibunda tercinta Allahyarhamah Azizah@Aziazah Bt Ahmad.
selamat.
mengikut ceritanya hampir 3.5 kg.
sejak itu aku ditimangi dengan nama 'Bulat'.
mengikut cerita ibunda tercinta aku.
mengasuh aku senang, kalau menangis mesti tandanya lapar.
nasi lenyek dan biskut kering cicah kopi merupakan kesukaan aku.

yang agak susah semasa aku lahir sehingga melepasi 12 bulan.
sebab aku tak boleh nak pijak tanah.
jangan kata pijak, kena pun tak boleh.
masa kecik dunia aku dalam sebuah bakul rotan aja, kata ibunda aku lagi.

setelah melepasi jangka masa tersebut.
satu upacara pijak tanah, keluarga aku buatkan.
macam-macam katanya.
kena ada 4 jenis tanah berlainan warna.
bunga 7 jenis.
tangga yang dibuat dari batang tebu.
satu persalinan kuning.
keris.
hamparan kain kuning.
banyak lagi kot. aku tak berapa ingat ceritanya.

setelah diinaikan pada kaki.
secara rasminya aku dibenarkan untuk memijak tanah.

semua karier bermula dari situ.
seterusnya aku dibesarkan di sebuah felda getah di Perak juga.
semuanya bermula disini.

alam kanak-kanak.
masa aku terjun parit.
main perang2 dalam kebun getah.
tumpahkan susu getah dalam kebun.
belajar pegang pisau getah.
belajar memancing.
belajar panjat pokok.
masa aku curi buah-buah kayu dalam dusun orang.
main lastik.
belajar bekebun belakang rumah.
zaman kanak-kanak memang seronok.

alam sekolah rendah.
aku belajar menoreh getah dengan Allahyarham Ayahanda aku.
aku belajar kutip getah.
aku belajar mengaji Al Quran, berzanji, marhaban macam2.
aku belajar merokok jgk.
aku belajar cari duit sendiri.
upah toreh getah dari ayah aku.
tolong ibunda tiri aku Allahyarhamah Som Bt Samah berniaga.
jual kueh, jual ubat2, jual kain, mcm2.
semuanya made in kelantan.
aku curi2 belajar belajar bawa moto ayah aku.
dapat lesen rasmi dari ayak aku setelah kena belasah dengan beliau.
pemandu rasmi ibunda aku, kalau beliau mahu mengutip hutangnya.

alam sekolah menengah.
aku kenal banyak kawan.
mula belajar tentang hidup sendiri.
mula belajar tentang tanggungjawab.
mula ada pendirian hidup.
mula lantang berkata-kata.
mula ada ketegasan tentang sesuatu perkara.
banyak benda aku belajar masa ini.

yang seterusnya sehingga sekarang.
aku mula membina hidup yang lebih baik dari yang sudah-sudah.
sejak aku lahir sampailah sekarang.
syukur aku banyak belajar tentang erti kehidupan.
aku banyak kenal kawan dan juga lawan.
banyak belajar.
dari yang baik sampailah yang tak baiknya.
suka, duka, senang, susah, entah apa-apa lagi.

alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku buat Yang Maha Esa.



dedikasi khas buat Yasmin Ahmad juga untuk ibu dan bapa aku.

...................................

27 Julai 2009

YANG PERTAMA


Al fatihah buat insan ini.
aku salah seorang yang sangat2 menghormati beliau ini.
sayangnya negara kehilangan permata yang sangat menyinar ini.

bagi aku tiada kata-kata untuk menggambarkan kegigihan beliau.
lantangnya beliau menerusi bidangnya.
aku sangat kagum.

al fatihah........

...................................

24 Julai 2009

HARI-HARI

bukannya pusat pakaian hari-hari..


melewati tarikh-tarikhnya yang terkebelakangan sehingga melewatinya lagi yang mana tidak berapa hari lagi tahun ini.
aku tetap mungkin seperti dahulu.
mungkin sedikit yang bertambah dan berkurangan atau mungkin juga hilang tidak kembali.

aku bersyukur padaMu TUHAN sekalian alam.

....................................

17 Julai 2009

SATIRA CHENTA SI ASHAB


Bukanlah bijak berurusan tentang itu.
Tapi pernah juga melaluinya.
Sejak dahulu, kini dan mungkin akan selamanya.
Pengalaman itu mendewasakan.
Meskipun bukan pengalaman sendiri.
Datangnya ia dari persekitaran.
Secara tersurat mungkin juga tersirat.

Puncanya tentang banyak perkara.
Tergantung atas mereka yang merasainya.
Seburuk mana pengalaman yang mungkin akan dirasai.
Jangan disalahkan pelakonnya.
Yang terdiri dari dirinya sendiri.

Tidak mungkin akan ada keenakkan semudah menyarung cincin dijari manis.
Jika hanya semudah itu, sama juga jika kehadapannya.
Yang sedia ada terbina pun kadang kala runtuh separuh perjalanan.
Inikan pula yang baru mahu berlayar meninggalkan jeti.

Seluas lautan, belum tentu gelombang itu bergolak seperti kocakkan air didalam sebuah gelas.
Tidak akan ada yang mampu membaca kiraan yang mengira-ngira.

Entah,
Sudah habis kata-kata.
Nilailah wahai kamu.
Kamu yang merasainya.
Kamu yang melayarinya.
Entah sejauh mana sudahannya?
Kamu dan dia yang mengetahui.
Nilai.
Taksir.
Takrif.
Conggak.
Kiralah.

Adakah semuanya amtlah berbaloi.
Untuk yang semalam, hari ini dan yang akan datang hingga keakhirnya.

Mungkin...
















nota tercicir
berfikirlah untuk melepaskan diri kamu dari belenggu ciptaan sendiri.
masanya masih panjang untuk kamu lalui.
janganlah jadi seperti apa yang pernah aku lemparkan kepada kamu.
mungkin aku tidak seberpengalaman seperti kamu.
tapi tidak semestinya aku seorang yang cetek pemikirannya.

....................................

15 Julai 2009

PENGHORMATAN,

aku mmg jarang tgk tv dah sekarang.
start masa aku blajar kat U dulu.

tapi semalam aku tertembung dengan satu iklan dalam tv.
iklan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan.
MB aku Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang keluar dalam iklan tu.
siap cakap loghat perak lagi.
teruja pulak aku tengok.

beliau mmg pakar cakap loghat perak.
masa aku jumpa beliau ketika datang melawat anak2 perak di U aku dulu.
beliau berucapan pun dalam loghat perak.

moh ler kite reramei pegi ye.
usah buat2 lupe pulak...

lebih kurang cmtu la beliau cakap dalam iklan tu.



MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
14HB-18HB JULAI 2009
DEWAN CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
BANDAR SRI ISKANDAR,TRONOH
PERAK DARUL RIDZUAN

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA' UMMAH




nota tercicir
kalau aku kat umah.
dah tentu tv kena sita sepanjang tarikh ni.
mak ngan ayah angkat aku book awal2 nak tengok tilawah.

.....................................

14 Julai 2009

INILAH MASANYA,

Akhirnya.
saat itu muncul.
setelah lama aku aku menunggu.
setelah aku berhempas pulas.
penuh dengan jerih perih.
penuh dengan cabaran dan rintangan.

tarikh keramat itu muncul.

15 Ogos - 16 Ogos 2009

walaupun sebelum itu aku berpeluang untuk menyarungnya.
tp itu tidak aku lakukan.
kerana aku ingin menyarungnya bila tiba masanya yang tepat.
menyarung atas usaha aku sendiri.

aku mula terasa bahangnya.
kenangan lama mula bermain dalam fikiran aku.
sejak pertama kali aku menjejak kaki kesana.
hinggalah aku meninggalkan seribu satu kenangan itu semua disana.

aku mahu terbang lagi!!!


...................................

09 Julai 2009

KENALI-KAH MEREKA


nota tercicir
kenali-kah mereka?
atau menengenali-nya?
...................................

MAAF!
MUNGKIN GAMBAR TERSEBUT SEDIKIT MELAMPAU.
TAPI ADA YANG MENARIK.
BUKAN PERIHAL H1N1.TIDAK SAMA SEKALI.

08 Julai 2009

TERKENANG TIBA-TIBA

mari kita semua menghayati isi sepucuk surat dari seorang anak kepada ayahnya.
anak ini merupakan seorang penuntut di salah sebuah IPTA dalam negara.

mari.....

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

P/s:
Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"Dari Ayahmu.

__________________________________

aku terbaca surat ni dlm 1 web jenaka yang memang aku suka lawat.
tiba-tiba aku teringat masa zaman aku menuntut dulu.
kalau time nak mintak duit pada kakak aku.
susunan ayat memang power gila.

dulu aku selalu sms aje kalau nak mintak duit pada kakak2 aku.
tu pun kalau dh betul2 teruk, baru aku mintak.
kadang2 tak teruk mana pun.
berlebih bajet sangat.

kalau aku sms kakak2 aku.
aku selalu guna ayat yang puitis lagi menusuk jiwa.
baru tersentuh sikit.
contohnya:

menemui kekandaku yang cantik rupawan lagi dermawan.
adindamu disini ingin sekali menatap wajahmu itu untuk mengubat rindu.
tujuan adindamu ini melemparkan sms yang tidak seberapa ini adalah untuk.....


lebih kurang mcm tu la....
kadg2 sampai 2 3 page sekali dia punya panjang sms.

dan selalunya permintaan aku berhasil.
walaupun terpaksa menadah telinga kena ceramah.

hahahaha....

nota tercicir
korang boleh la try sekali-sekala.
mesti tersentuh punyalah...

tp jangan amal selalu.
boleh bankrupt!!

..................................

03 Julai 2009

BARU BERJUMPA JALAN BALIK, AKU TERGOLEK DI JALANRAYA


22 Jun 2009
Jam 5.30 petang waktu tempatan(mungkin).

setelah bosan duduk menghadap komputer di sebuah cybercafe aku mengambil keputusan untuk berangkat pulang.
menuju ke sebuah stesen minyak untuk menberi si tenggiling hitam aku minum.
dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan si tenggiling hitam aku meluncur laju meredah jalanraya.
di pertengahan jalanraya berhadapan sebuah sekolah menengah agama sebuah jep merah meluru keluar dari sebuah simpang.
dengan jayanya aku dapat mengelak dari kebodohan pemandu jep merah tersebut.
namun malang sememangnya tidak berbau wangi mahupun busuk.
jauh sekali berbau durian.
sebuah kereta iswara berada dihadapan aku siap dengan isyarat untuk mebelok ke sebelah kanan.
si tenggiling hitam sudah tidak dapat untuk berbuat apa2.
kakinya yang bulat tetap juga meluncur walaupun sudah cuba mencengkam tar jalanraya.
aku cuba mengawal keadaan sebaik mungkin.
namun hanya sia2.
si tenggiling hitam akhirnya mencium bontot iswara tersebut.
aku tergolek di atas jalanraya bersama si tenggiling hitam aku.

tup.....
gelap!

sedar dah ada kat klinik kesihatan.

siku ngan lutut luka.
tangan terseliuh.
satu kuku jari kaki terkopek.

malang sungguh.

si tenggiling hitam aku remuk muka depan.
rabak lagi poket aku nak repair kau tenggiling hitam.

dan alhamdulillah,
sekarang dah pun sihat.
si tenggiling hitam aku pun dah pulih dari kecatatan yang di alaminya.
cuma kau jer ada trauma sikit.

hahahaha....
.....................................