31 Januari 2009

"JANGANLAH KITA BANGSAT SANGAT"

setelah mengalami penyakit kronik serta PARAH tadi aku keluar dari rutin harian aku buat sementara waktu. disebabkan susunan perkataan yang menyakitkan hati aku tadi datangnya dari telefon bimbit aku, aku lemparkannya jauh di timbuan bantal-bantal di bilik. hanya keluar membawa keperluan yang perlu.

aku keluar mencari seseorang sehingga kerumah, tiada orang lain yang bermain dalam kotak fikiran aku. BURAGAS.

Bergerak kerumahnya menggunakan tunggangan beroda dua.

pin..pin..pin..piiiiiiinnnnnn....................

hanya ungkapan ini yang keluar dari mulut kurang sekolah aku setelah melihatnya menjengah muka:

'bawak-bawakla masyarakat, tak kan nak berpeluk aje'

dia hanya tersenyum sambil membetulkan kain pelikat yang digunakan. memang dia sudah paham jika aku berkunjung kerumahnya dengan bahasa yang kurang sopan seperti itu.

haluan ditetapkan, kali ini warung cik Rohani janda Pak Pak menjadi destinasi membuang masa dengan bualan kosong dan carut marut serta kutukan. sedang enak menikmati teh tarik, aku di datangi oleh Tuan Penghulu Pakatan Rakyat En. Din Khamis menghulurkan sehelai kertas. aku menyambutnya, tenung...dekat...jauh dan dekat kembali. Borang, tajuknya Permohonan Penempatan Di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin. Aku hulurkan borang itu kepada Buragas dia hanya mencebikkan mukanya.

Rancaknya perbualan mengenai borang itu di warung cik Rohani janda Pak Pak, aku hanya sekadar mendengar dan menokok tambah apa yang kurang dalam perbualan tersebut. cuma aku tertarik dengan kenyataan ini. kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang tua yang lebih dikenali dikalangan warga setempat dengan nama Pak cik Wahab Todi.

kenyataannya berbunyi seperti ini:

"sekarang adik beradik seperut pun bukan boleh percaya, adik beradik lain perut lagilah. kawan-kawan telahlah. masa senang ramai keliling, masa susah payah nak ada. tapi bukanlah semuanya sama. Janganlah kita ni bangsat sangat"

sinis benar sindiran tersebut, sindirannya bersahaja sambil mengulung rokok daun nipah dan tembakau cap kapal terbang sahaja. aku yakin dia sedang menyindir seseorang yang sama-sama sedang minum di warung tersebut. cuma aku tidak tahu siapa. hanya melihat seseorang bangun dari tempat duduk dan menolak kerusi tersebut dengan kasar.

tertarik benar aku dengan ayat "JANGANLAH KITA NI BANGSAT SANGAT"....!







nota tercicir
.......................
sama sahaja bagi aku
sekali kita kena seperti yang ada dalam kenyataan itu
ada kalanya senang dilupakan
kadang kala menjadi parut yang buruk

benar kata-kata orang tua-tua

.....................................................

TIDAK ADA TAJUK YANG DIFIKIRKAN SESUAI!!!

perrrgggghhh!!!
Gila sakit hati aku hari ni.
Bukan sikit-sikit,sakit SANGAT-SANGAT.
Tahap dewa-dewi,melepasi tahap kronik.
PARAH!

Sangat-sangat bertenang dia tulis susunan perkataan tu.
Rupanya selama ni aku ditipu dalam terang.
Sangat kurang pandai aku.
Ditipu dengan begitu mudah.

Dalam celik rupanya aku pejam.
Pahit rupanya disebalik cantiknya tutur kata.
Ada yang tersembunyi rupanya disebalik manis senyuman.
S...
Macam mana aku boleh tak perasaan?
BODOH!!!













nota tercicir
susah untuk aku percaya lagi
memang susah
aku belajar dari kamu
10 kali dari itu

jika begitu caranya
susah untuk kamu kemudian hari


..................................................

30 Januari 2009

MENGGENDALAKAH SIARAN ITU........??

Jam berdetik 2:45 am


Mata masih terkebil-kebil
Otak berputar ligat
Sangat ligat
Terkadang menyeksakan
Putarannya songsang
Kadang-kadang kekanan, kadang-kadang kekiri
Termasuk atas dan kebawah
Laju
Benar, sangat-sangat laju

Masih celik memandang kekanan dan kiri
Mencari sesuatu sebagai panduan
Hanya kekosongan yang ada

Malam kini melepasi sudah
Berkunjung pagi yang belum tentu arah tujuannya
Muda kian tua, tua kian mengingati mati

Lelapan itu amat membantu bila akhlak mencapai warna kemerah-merahan
Lelaplah untuk seketika
Menghilangkan semua yang tertanggung

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah

Lelaplah untuk esok yang menanti
Atukan semuanya untuk hari-hari yang masih ada
Mungkin akan menemui tebasan denai untuk panduan







nota tercicir
siaran ini masih terganggu kerana sesi pemuliharaan akhlak belum selesai
apa yang aku repekkan di atas adalah untuk menduga sejauh mana akhlak aku sudah dipulihara
rasanya seperti tidak membuahkan apa-apa kelainan

jiwa tidak kaco seperti atan
tapi jiwa rasa macam haram jadah sekarang!!

............................................................

28 Januari 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN

MAAF SIARAN TERGENDALA BUAT SEMENTARA WAKTU.

KERJA-KERJA MENAIK TARAF DAN PERMULIHARAAN AKHLAK SEDANG DILAKUKAN.

HARAF MAAF
SEGALA KESULITAN AMAT-AMATLAH DIKESALI







nota tercicir
segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan!

26 Januari 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU

Jemputan WalimatulUrus
25 JANUARI 2009
Taman Persiaran Pinji Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan


Majlis Perkahwinan:

Mohd.Rizal Bin Zakaria dan Nur Asyikin Binti Ramli

...........................................................

Seorang lagi kawan aku telah dicuri oleh seorang wanita pilihan hatinya. Aku dan beberapa orang kawan yang lain dijemput secara rela dan paksa oleh kawan aku yang bergelar Raja Sehari ini untuk mengiringi rombongannya ke Simpang Pulai untuk majlis akad nikah dan menghantarnya ke rumah pihak perempuan.

Alhamdulillah majlis tersebut berlangsung dengan penuh kemeriahan walaupun sedikit terbatas akibat kunjungan hujan mengiringi majlis tersebut.

*******************

Gambar Formal~
Mohd.Rizal Bin Zakaria a.k.a Buragas

Nur Asyikin Binti Ramli

Ijab dan kabul disempurnakan oleh
pendaftar nikah,cerai dan rujuk JAIP


Memanjatkan kesyukuran

Ciuman seorang suami untuk isteri tersayang

Persandingan dirumah pengantin perempuan

Suapan dari suaminya yang tersayang

Lens merayap~













nota tercicir
nasib baik lafaz akad sekali jer.
kalau 2 3 4 kali, jawabnya kena mandi la kawan aku ni.

kata kawan aku:
'kalau dia tahu nikmatnya berkahwin, awal-awal dulu aku dah kahwin'

aku hanya mencebikkan muka, tanda protes!! hahahahaaaa....

.................................................

24 Januari 2009

KOMPANG DI PALU PENGANTIN BARU.....

Ya...
Begitulah bunyinya.
Ada juga yang lainnya, seperti...

'di renjis-renjis dipilis,
di tepungilah tawar,
hai beras kunyit ditabur,
di siram si air mawar....'

Sempena cuti tahun baru cina ni ramai kawan-kawan yang kemaruk nak berbini dan berlaki bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Setakat semalam aku menerima sebanyak 5 jemputan yang mesti aku penuhi untuk menyedapkan perut aku dan hati-hati mereka yang mengundang.

3 dari jemputan tersebut datangnya dari kawan-kawan aku. 2 nya adalah lelaki dan seorang itu adalah perempuan, dan 2 undangan lagi adalah dari jiran-jiran yang ingin melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka.

Berkisar dengan kawan aku, rasanya baru semalam aku masih berkejar-kejar dengan mereka bermain pungkang tin, pungkang kasut, galah panjang, gasing, memancing, berkubang di parit Pak cik Man Misai. Bukan setakat itu mendajal anak kambing Pak cik Halit Apik dengan menyuap cabai burung. Macam-macam....

Kenangan zaman kanak-kanak kemudiannya remaja dan kini retua...

Namun hari ini mereka bakal mendirikan rumah dan tangga mereka sendiri. Mereka tidak akan lagi merasa sejuk jika hujan lebat di malam hari kerana ada yang akan memanaskan badan. Berkemungkinan akan lebih berpeluh jika ingin dibandingkan dengan larian 5 kali pusing padang botak, itu pun jika mereka pandai mempergunakan skill-skill yang sudah dipelajari dengan hanya membeli dvd atau vcd di kedai Ravi.

Bermula esok aku terpaksa menghulurkan tangan meringankan beban untuk bersama-sama bergotong royong untuk memastikan kenduri perkahwinan mereka bakal berjalan dengan lancar dari awal hingga akhirnya.

Penat...mereka yang memperoleh kesedapan malam.

Namun itu bukan ukuran atau alasan, yang penting majlis tersebut bakal berlangsung dengan meriah. Aku sebagai rakan seperjuangan dan rakan-rakan yang lain akan menyediakan ramuan istimewa sebagai hadiah untuk mereka yang memungkinkan menyaksikan mereka bakal terjun dari pelamin nanti.











nota tercicir
salam dengan bapak-bapak diorang ni mesti berisi la nanti ni.
aku tak kira, budak2 ni kena belanja aku satay lepas selesai majlis diorang ni.


.................................................

22 Januari 2009

BAAAANNNNNNGGGGGGGGGGGG....SAKIT!

Kekecohan berlaku sebentar tadi.
Isteri kepada jiran sebelah rumah meraung memekik-mekik disebabkan ingin mengeluarkan 'sesuatu' dari dalam perutnya.
Kata jiran aku ini adalah kali yang pertama.
oooo...ye ker?

?
blur.......

Tidur aku terganggu akibat dari suara kecoh-kecoh sebentar tadi.
Baaanggggg...sakit bannnnggggggggg!!!!!!

Setelah kereta yang ingin membawanya menuju ke tempat yang berwajib itu berlalu pergi, aku tersenyum sendiri.
Kali pertama aku melihat adegan sebegitu.

Semoga selamat mengeluarkan 'sesuatu' itu dengan senyuman hendaknya.





nota tercicir
masih menunggu ilham untuk menyambung tidur yang terganggu.
datanglah ilham tidurku.


...............................................

21 Januari 2009

BERIKAN AKU RUANG.....!!!!!!!!!!

Kali ini ia berkisar tentang ruang.

Bukan ruang kosong yang mungkin terdapat bilik gelap.

Ruang kali ini terang, dilimpahi dengan simbahan cahaya yang terang benderang.

Ibarat syurga...ibarat taman astakona.

Ruang..ruang konon!

Ruang apa....?

Jangan bercerita pasal ruang.

Untuk APA?

Untuk APA?

Ruang itu hanyalah mainan semata-mata.

Bukan masalah ruang.

Perasaan takut itu yang menjadi masalah.

Kenyataan itu perlu dihadapi.

Kenapa hanya kerana itu, ruang dipermintakan.

Penakut!

Pengecut!

Bukan kerana itu.

Tapi memang benar...

Cuba belajar dari kata-kata, penglihatan dan pendengaran yang diberikan.

Jangan hanya pandai berkata-kata kepada orang lain.....!









nota tercicir
jatuh dah nota tadi, tak jumpa cari!
haram jadah!!!

.......................................................

19 Januari 2009

KERING KONTANG....!

menjalani hidup dengan keadaan yang memboringkan.
mencari sesuatu yang indah.
yang dapat dipegang,dipeluk dan dihayati keunikan dan keindahannya.



DIMANA?




nota tercicir
aku bosan sekarang!

.......................................................

18 Januari 2009

AKU MINTAK MAAF....AKU YANG SALAH!

MEMAAFKAN DAN MEMOHON MAAF

Dua perkara pokok yang diperbincangkan.

BAGAIMANA?

MENGAPA?

PERLUKAH?

Aku adalah antara orang yang paling susah nak maafkan orang dan minta maaf.

KECUALI, aku rasa betul-betul dah buat salah dan tapi selalunya aku maafkan orang dengan mudah.

Tapi bukan untuk semua perkara.(ambil masa panjang utk aku pertimbangkan jika SERIUS)

Tapi apa yang akan terjadi kalau maaf yang kita minta dibuat seperti kertas tandas?

APA?

Aku cukup rasa terhina bila, aku dah merendah diri meminta maaf tapi….. *^^$@#(*)&(^

Cuba belajar hargai, tentu boleh kan.

Tak la orang rasa seakan bangsat!







nota tercicir

kecewa!
aku bukan mengharap, cuma minta dihargai sedikit



............................................

15 Januari 2009

KAMI MEMPELAWA ANDA UNTUK MASUK MENYERTAINYA...SILALAH

Rentetan tinjauan itu hasilnya hanyalah berupa *@^$$#@**!^%$#&^%!%$%@!!!

Aku hanya menanti dan meninjau di dalam kereta sahaja. Malas untuk aku merajinkan diri yang sedia malas dari permulaan tadi setelah diberitahu mengapa aku diajak ke luar kawasan liputan tadi.

Seorang kawan aku dipelawa oleh seorang 'Abang Long' (mungkin) untuk menyertai persatuan itu. Aku hanya sebagai seorang kawan hanya mengikut sahaja setelah diajak untuk menemani. Itu sahaja...Lebih tarak!

Aku kenal orang yang mempelawanya. Kenal sangat2.

Mencampuri urusan tanpa dipelawa bukanlah satu perkara yang aku suka untuk melakukannya. Jadi aku hanya memerhati dari jauh.

Setelah hampir setengah jam berlalu dan rokok sudah mencecah 4 batang setengah sesi pelawa-pelawaan itu selesai. Dia bertanya :

Apa pendapat aku?

SENANG, MUDAH dan PADAT.

Suka hati kau la. Larat ko nak bawa, silakan.

Diam.......................

**********

Aku bukan ahli untuk perkara sebegini, cuma mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang mereka, perjalanan mereka dan sebagainya. Terlalu mudah kini untuk itu, hanya untuk suka-suka dan mendabik dada. Bagi aku, terpulang kepada individu. Jika baik pembawakan mereka baiklah jadinya. Jika buruk pembawakan mereka maka sebaliknya.

nota tercicir
............................
nasib baik kawan aku belanja tadi!


......................................................

JALAN-JALAN CARI GADUH JOM...

sekarang aku berada diluar kawasan liputan.
bukan untuk menghadiri majlis jemputan konsert dangdut haaa.





memantau sesuatu dari jauh untuk mendapatkan sesuatu.




nota tercicir
kalau ada yang menarik nanti aku kongsi dengan korang sume.

...........................................................

14 Januari 2009

RASAKANLAH WAHAI KAUM WANITA

Pagi yang indah...
Sinaran mentari pagi mencurah ke seluruh pelusuk alam.

*********

Sedang bersarapan pagi.
Enak menikmati santapan hasil masakkan orang tersayang (mak aku).
Nasi lemak bersulamkan teh panas memang membuka ruang-ruang kosong di pagi hari.

Terganggu...

kring...kring...kring...krrrriiiiiiinnnnnnnngggggggggggg

brengsek..aku nak makan la!

Melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Tertera nama Kakak Aku No. 3

Jawab... :

Aku: hello...

Kakak Aku No. 3: ..............................isk..isk..isk..

Hanya diam. (terdengar tangisan halus dihujung talian)

Aku: Hah! sapa pulak mati ni?

Kakak Aku No. 3: GILA! Tak bole ckp elok2 skit ker.

Aku: Dah tu! Yg kamu menangis cm mati laki pehal.

-Ringkasan-

**********

Kakak Aku No.3 mengadu yang dia dh dimasukkan ke Hospital sebanyak 4 kali dan 3 kali sudah dicucuk untuk menambah kandungan air dalam badan. Dia kata badan lemah, tak lalu makan. Semasa dia menghubungi aku tadi keadaannya masih kurang sihat dan baru sahaja pulang dari hospital.

Kata doktor yang merawat, itu fenomena biasa kepada kaum wanita yang sedang mengandung. Terdapat wanita hamil yang mengalami fenomena yang lebih teruk dari itu.

Kata aku yang bukan seorang pakar sakit tuan atau puan pulak, jangan nak merungut setelah kamu merasakan 'kesedapan' itu. Kerana 'kesedapan' yang kamu rasakan membuahkan hasil yang sebegitu. Jika hanya mahu merasakan 'kesedapan' tanpa membuahkan hasil, SILA ASAH PARANG KONTOT ITU DENGAN MENGGUNAKAN SARUNGNYA DAN AIR ASAHAN PARANG ITU BUANG DALAM BILIK AIR.

nota tercicir
menangis pun tarak guna sudah!

13 Januari 2009

APA YANG KAU NAK RISAUKAN...?

Bicarawara bersama seorang kawan seperkerjaan di warung kopi saudara Atan Ko'in malam ini:

Kawan: Aku risau la feb..

Aku: Apa yang ko nak risaukan jai?

pap!sedas penampar hinggap pada belakang aku.

Kawan: Bangsat punyer kawan. Apa yang kau nak risaukan ko cakap!!

Aku: yela...(sambil tersengeh kambing kekeyangan)

Kawan: Ko memang la...Aku ni dah sampai tengok kalendar pun trauma ko tau tak!!

Aku: hahahahhaahahah...

toooiiiingggg.....satu tonjolan maut hinggap pada kepala aku pulak.cish!!

Kawan: Ko gelak la..tunggu ko merasa plak.time tu jgn nak mengadu kat aku. Banyak benda tak settle lagi ni. Kayu api tak cari lagi, bajet kenduri lagi macam2...adoooii. (menghirup teh tarik)

Aku: nak cari kayu...nak cari kayu...nak cari kayu...nak cari kayu!hahahahahahaaaa

***********

Begitulah runggutan seorang kawan aku yang bakal mendirikan rumah bertangga pada 25.01.2oo9 ni. Banyak benda yang masih belum selesai. Aku hanya mampu tersenyum bila mengenangkan kenyataan kawan aku yang dia trauma jika melihat kalendar.hahahahaha

Sedaya upaya aku cuba membantu sekadar termampu. Bak kata orang-orang lama "perkara baik tak elok dilewat-lewatkan".

Betul tak?

nota tercicir
aku antara orang pertama yang mendaftar untuk menghantar dia ke Ipoh untuk majlis akad nikah pada 25hb ni.
aku nak lipat tikar tempat dia duduk.
biar dia lafaz akad nikah tu banyak kali.
hahahahahaha


p/s jangan tiru aksi tersebut tanpa bimbingan orang yang berpengalaman!

...................................................

12 Januari 2009

BILA PAKAIAN KAMU SUDAH TIDAK BERJAHIT...

"ibumu melahirkanmu, hai menusia dalam keadaan menangis
sedangkan orang-orang disekeliling kamu tertawa bahagia
berusahalah agar ketika kamu meninggal dunia nanti mereka menangis
sedangkan kamu didalam keadaan tertawa bahagia"

petikan sebuah syair dari buku tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

***********

Sekitar jam 12.3o tengahari jenazah Allahyarham abang kepada rakan aku samapai dari Hospital Taiping.

Tidak perlu bedah siasat, Allahyarham hanya mengalami lelah sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jika begitu...

KENAPA perlu menunggu sehingga hari ini baru jenazah tersebut dibenarkan untuk dibawa balik?

Berfikir

Fikir

Fikir

dan

Fikir

MUNGKIN disebabkan semalam hari ahad, pemandu ambulans tersebut masih bercuti bersama-sama keluarga tercinta.

atau

MJNGKIN pemandu tersebut takut untuk memandu seorang diri kerana ketiadaan kawan setelah selesai menghantar jenazah tersebut.

MUNGKIN

Setelah jenazah Allahyarham tersebut dibawa kedalam rumah, terdengar seorang tua yang bertaraf Imam Besar di Felda ini berkata:

"sebelum azan Asar nanti bawa jenazah ni ke masjid, selepas sembahyang Asar nanti kita sembahyangkan"

KENAPA mesti menunggu sehingga Asar?

Sedangkan jenazah tersebut sudah menjangkau 2 hari bisik hati kecik aku....

Jenazah Allahyarham juga sudah disempurnakan oleh pihak penjara dan Hospital Taiping dan hanya perlu disemadikan sahaja.

Sekitar jam 6.15 petang, jenazah Allahyarham selamat disempurnakan dalam suasana hujan renyai-renyai.

Alhamdulillah...semuanya selamat.

nota tercicir
SEDIH melihat sambutan masyarakat setempat terhadap jenazah tersebut
berlebih-lebih jari jika mahu mengira mereka yang datang ke tanah perkuburan tadi.

Al Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya dicucuri Rahmat dariNya.


...............................................

SIARAN ITU MEMANG MENGGANGGU DAN AKU MAHU SIARAN ITU TERGENDALA!

Sebelum aku melangkah keluar dari rumah tadi, sempat aku menjengah televisyen seketika.

Siarannya memang sangat MENGGANGGU dan aku mahu siaran itu TERGENDALA dengan serta merta!




nota tercicir
???????????????????
atas dasar prihatin aku keluarkan fatwa sendiri mengharamkan untuk menonton siaran tersebut.



..........................................................

11 Januari 2009

BILA PAKAIAN KAMU SUDAH TIDAK BERJAHIT...

Abu Al-'Itahiyyah mengatakan:

"ratapilah kematianmu, wahai orang-orang yang sengsara
ingatlah kamu pasti mati
jadi ratapanmu tidak sia-sia
meskipun umurmu panjang seperti umur Nabi Nuh"

petikan dari buku tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Aku mendapat panggilan dari seorang rakan, beliau mengatakan bahawa abangnya sudah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi di Hospital Taiping. Jenazahnya akan dibawa pulang sebaik sahaja selesai urusan bedah siasat serta mendapat kebenaran pihak penjara dan pas perjalanan dari pihak polis.

Aku sebagai rakan rapatnya sayu mendengar perkhabaran tersebut apabila mendapat panggilan dari beliau untuk kali kedua. Beliau mengatakan jenazah Allahyarham abangnya berkemungkinan akan sampai pada tengahmalam ini dan akan dikebumikan pada hari esok.

Proses untuk membawa jenazah Allahyarham abangnya keluar dari hospital tersebut terpaksa melalui beberapa prosedur disebabkan status Allahyarham tersebut adalah seorang banduan.

Sudah sampai hukum tuhan kepada kamu, pakaianmu sudah tidak berjahit dan semuanya akan dilakukan oleh mereka yang masih hidup bermula dari mandi sehinggalah kamu dimasukkan ke dalam liang lahad untuk bertemu Yang Maha Kuasa...

nota tercicir
aku bercadang untuk menziarahi keluarganya malam ini.
Al Fatihah...

........................................................

TOLONG ADA ORANG NAK CABUL AKU....TOLONGLA!(PART TWO)

Untuk melunaskan segala hutang piutang serta menurut segala titah perintah pihak-pihak berkuasa, hasilnya ->

KETERANGAN KES PENCABULAN:

16 FAKTA PASAL AKU:

  • Aku seorang lelaki… ni fakta paling2 penting.
  • Aku suka naik bas mogah masa sekolah menengah dulu. sbb kerusi dia tinggi,aku leh menyorok bwh dia sbb nk tmbg free.
  • Aku anak lelaki pertama dan terakhir dalam salasilah keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah En.Ismail dan Puan Azizah@Aziazah serta Puan Som.
  • Aku pernah kena campak dalam kolam ikan belakang rumah dengan ayah aku sbb campak pinggan masa makan. Masa tu aku tensen ngan kakak aku.
  • Aku seorang yang kurang normal, benggong, gila, pendengar, pengadu,pemboros,perosak, pembantu, penasihat, pembangkang(dulula)dan macam2 pem,peng,pen dan sebagainya.
  • Aku pernah pergi menurun nombor ekor ngan kawan aku. (dia tipu!sbb nombor tu tak naik)
  • Kadang-kadang aku boleh menjadi seorang pemaki dan penyumpah seranah yang terbaik. (pasal ni aku penah dapat award dari kwn2 aku)
  • Aku adalah pewaris tunggal aset2 harta Ismet Ulam Petai (adik Ismet Ulam Raja)
  • Aku sangat2 suka makan tapai dan air tapai (aku boleh habiskan 30 bungkus dalam satu2 masa).*kpd sesiapa tak tau per benda tapai sila gunakan google untuk mendapatkan informasi.
  • Waktu sekolah dulu aku penah jadi anjing sekolah (pengawas). Sangat2 tidak kool jika anda menjawat jawatan ni disekolah.
  • Aku mempunyai ramai wanita yang berstatus emak yang bertaraf sah dan tidak sah.
  • Aku pernah berniat mahu menikah dengan janda kaya kat kampung aku.
  • Dekat kampung nama comel aku ‘feb’. Sbb masa kecik dulu aku selalu jerit ‘Sabuuuunnn dibilik mandiii’ (pengaruh filem laksamana DO RE Mi) masa balik mengaji. Aku takot nak lalu bawah pokok besar dekat rumah aku.
  • Cinta kera aku mula start pada darjah 3. Aku minat dengan sorang cikgu yang mengajar subjek matematik. (aku bengap matematik sampai sekarang-sbb masa belajar aku selalu pikir yg bukan2 dengan cikgu tu)
  • Aku adalah perokok tegar ! Sangat2 tegar. Aku mula bercinta dengan saudari rokok ni masa darjah 5 lagi. Masa tu aku rembat rokok ayah aku 2 batang.
nota tercicir
Hutang sudah dilunaskan dan perintah pihak-pihak berkuasa sudah dituruti...
LEGAAA!!

10 Januari 2009

TOLONG ADA ORANG NAK CABUL AKU....TOLONGLA!

Aku tak mengerti
Serius,
Aku melopong seorang diri dalam kekeliruan...cewah!

***************
pikir2..
aku patut tag durang ni..hee

1.ELIZA
2.DORA TORA
3.KALIPAH
4.IFA RAZIAH SEPANJANG ZAMAN
5.ANNE C WINNIE DA POOH
6.KAW PENTOI
7.LIZZ C KAKI PUKUL
8.RYEHANAH
9.NURAIN DE ADVANCE INTELLIGENT NETWORK..
10.FARAFAFA
11.C PENGEJAR MASA
12.C MONYET

Namun setelah disekolahkan oleh orang yang ingin mencabul aku tadi
Barulah mendapat sinar kebahagiaan....

KENYATAAN KES PENCABULAN


SENARAIKAN 3 PERKARA TENTANG ORG YG TELAH TAG KAMU:

  1. KEJAM ( tak percaya tanya YOL)
  2. Seorang perempuan chubby, tp aku tak tau jgk. dia yg bagtau (aku suka mata dia)
  3. Seorang perempuan pemanggil hujan.
*cuba korang sume bayangkan cik vida kura-kura ni menyanyi lagu omputih ngan loghat sabahan dia. Bayangkan la...bermimpi ngeri bukan?

3 PERKARA PASAL AKU:

  1. Aku seorang lelaki. Diulangi LELAKI. FAKTA,aku ada bukti kukuh. (ditegaskan untuk cik vida kura-kura dan cik FARYN untuk mengetahuinya)
  2. Aku seorang yang GARANG. FAKTA. (tak percaya tanya kakak aku no. 3, sbb dia penah kena tampar ngan aku)
  3. Aku seorang penggali kubur. FAKTA. (dah ramai aku tanamkan, nak try?)

PILEM PEBERET

Banyaknyeeee duuuiiit….berjuta..juta..jutaaaa…..! Lari tajuk sudah. Haih!

Aku suker Filem Taxi Driver-Arahan Martin Scorsese

SERIUS!Aku wat research pasal org tua ni utk tiket graduate aku.


SIZE PINGGANG(jgn pecaya sbb dia berubah2)

36..kadang lebih dari itu!


KALER SPENDER

Aku xpakai spender!

Betol…dari tingkatan 3 lagi…maluuunyerrrr.

Aku pakai boxer la.sekarang ni,jap..jap..aku tengok!

Warna-warni laa…sbb corak batik.

koool kan.yeeaaaaah…


nota tercicir
aku update lagi jap lagi.
masih berhutang lagi dengan pencabul dan sekutu-sekutunya..


...................................................

AKU CUMA BERUSAHA SEDAYA UPAYA...

Sedih....
Sebak hati aku sebagai seorang insan muslim,walaupun tidak 'muttaqin', tetapi aku masih sebagai hambaNya juga.
Aku sebak mengenangkan penderitaan saudara-saudara seagama aku.

Aku cuma berusaha sedaya upaya dengan doa...

Wahai Tuhanku,
Berilah pertolongan kepada tentera-tentera Islam
Dan askar-askar yang mengEsakan Tuhan
Dan binasakanlah orang-orang kafir
Orang-orang degil, pembawa-pembawa bid’ah
Dan orang-orang yang mempersekutukanMu
Dan hancurkanlah musuh-musuhMu,
Musuh-musuh agama Islam

Ya Tuhanku,
Pecahkanlah kumpulan mereka
Dan bubarkanlah himpunan mereka
Kurangkan bilangan mereka
Dan goncangkan kaki-kaki mereka
Turunkan seksa yang pedih ke atas mereka
Dengan RahmatMu wahai Tuhan sekalian alam


nota tercicir
hanya mampu berdoa dan terus berdoa
bersolat hajat semalam di masjid jamek Felda Sg.Behrang diimamkan oleh Tuan Haji Yusuf.

09 Januari 2009

CERITA JIRAN AKU..

'Perempuan Internet bergerak Lelaki hj. bakhil'

Makcik Besah Tinggi dan Pak Mat Pergau
Berubah la
Jangan la kedekut sangat.
Harta benda bukan boleh bawa masuk lubang kubur
Bawa-bawa la berzakat ke
Sedekah ke
Ni tidak harta orang harta dia, harta dia sah-sah harta dia

Kurang-kurang la jadi mami jarum tu
Kena nasib tak baik nanti, jarum tu orang buat jahit mulut
Kan tak pasal-pasal

nota tercicir
ada ke patut pagi2 dah datang umah aku bawa fitnah.
nasib aku tido tadi, kalau tak memang menempah tiket ke neraka la kau.
pagi2 lagi aku dah sarapan dengan bebelan mak aku.haduih!!!


..........................................................

PERUTUSAN KHAS DARI AKU KEPADA MEREKA

Dengan penuh rasa takzim dan ikhlas hati aku ingin mengucapkan selamat menjalani semula zaman tahanan dan tawanan dibawah akta universiti dan kolej universiti (auku-pindaan 2oo8) kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat dan mereka yang ada dalam kategori seumpanya dalam kehidupan aku dan mereka-mereka semua.

GERAKAN PAKU dan SUNYI mungkin boleh merancang sesuatu kali ini....



sekian, saya sudahi dengan:
wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikum
warahmatullahhiwabarakatuh...

(sila baca dengan nada suara Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah)

nota tercicir


.............................................................

SEPARUH HARI BERFOYA-FOYA...

Takda apa-apa yang aku nak tuliskan dalam entri kali ini...
Cuma mahu berkongsi sesuatu dengan kamu semua.

Hasil dari pandangan mata menerusi lensa kamera.
Tidak istimewa cuma mungkin boleh menceritakan sesuatu...












nota tercicir
aku suka gambar yang atas sekali.
ada 'value' disitu, aku curi capture gambar tu!


...........................................................

08 Januari 2009

SAKIT MELAMPAU-LAMPAU


nota tercicir
kaya kedai Nuar (kedai 2 kupang).
hari ni aje aku dh 4 kali beli rokok.
4 kotak tersebut sebanyak 20 batang sebungkus.
sakit hati punya pasal la nih!huh!!!!!!!


....................................................................

07 Januari 2009

PUTARAN HARI AKU LAMBAT HARI INI...

Dakwat ball pen itu sudah gunakan.
Begitu juga butang itu juga sudah ditekan.

Menunggu..

Menanti..

Mengharap..

Ya..Pasti! Desusan angin perkhabaran itu kian nyata.
Cuma aku sahaja yang belum mengesahkan perkhabaran tersebut.

Desusan perkhabaran tersebut meriuh rendahkan keadaan.
Nyatanya benar...Aku melihat sendiri tadi.
Senyuman, gelak tawa berhamburan keluar tanpa boleh di tahan-tahan lagi.

Bila?
Bila?
Bila?

Mungkin perlu menggunakan pegawal keselamatan.. Adakah selamat?

ENTAH!?

Nantilah.....

nota tercicir
aku sakit sekarang, sakit hati!!
mujur berjumpa dengan seseorang.
senyumannya memberi ubat. sentuhannya memberi ketenangan.

.....................................................................................

06 Januari 2009

BELAJARLAH MENIARAP SEBELUM MERANGKAK....DAN BERJALAN

Keluarlah dari gelas jernih yang menutup kamu.
Ramai yang menunggu dengan senyuman.
Jangan takutkan gelap.
Kerana esok matahari akan bersinar walaupun diselaputi awan mendung.
Jangan takut...
Sinaran lampu neon akan membantu langkah kamu.
Simbahan cahaya itu ada disekeliling kamu.

nota tercicir
mengharapkan ada yang menarik kamu bawa nanti untuk aku.

......................................................................................

RODA BERPUTAR KE ATAS...

2.ooam Selasa 6 Januari 2oo9

Lambat masa berlalu...

Menanti datangnya 7, 8 dan 9 Januari 2oo9 banyak meninggalkan kesan keperitan.

Yaa...PERIT,sekali lagi PERIT,last..last...PERIT!!!

Kenyataan itu pasti datang menemui aku takkala dakwat ball pen itu digunakan dan ada seseorang pergi mengesahkannya.

Hanya menanti masanya tiba...

Ukiran senyuman aku akan lebih cantik dan mengkagumkan, lebih dari hasil tenunan songket Terengganu mahupun ukiran kayunya.

nota tercicir
sial kau biawak! kalau aku jumpa kau dengan bukti yang kukuh akan aku koyakkan mulut kau, supaya muat untuk aku sumbatkan segala apa yang kau kejar selama ini.


....................................................................

05 Januari 2009

MENGGAMIT KENANGAN LAMA...


Hari ni adalah hari pertama anak buah aku yang no. 5 memasuki alam persekolahan. Dia mendaftar sebagai salah seorang murid tahun 1 di Sek.Keb.Sungai Behrang. Sekolah dimana aku juga disekolahkan disana satu ketika dahulu.

Lama benar aku tidak menjejakkan kaki aku ke sekolah itu setelah meninggalkannya sejak sekian lama.


Tadi aku ditugaskan oleh kakak aku untuk menemani dia disekolah. Hari pertamanya berjalan lancar. Dia tidak merengek atau menitiskan air mata.(cayalah!aku dah latih dia semalam)

Tetapi aku perhatikan setiap 5 minit dia akan memerhati aku di luar kelas dan aku membalasnya dengan senyuman dan jelingan.

Sehingga waktu rehat aku membuang masa disana. Setelah habis waktu rehat dan dia sudah masuk ke kelas semua, aku balik.(dah malas!)


Tepat pukul 1.oo tengahari aku ditugaskan untuk mengambilnya pulang.


Tekenang zaman aku sekolah dulu....


Tiada yang menemani aku atau yang menjemput kau ketika balik dari sekolah, hanya Allahyarhamah mak aku yang hantar sehingga ke pintu sekolah dan memberikan bekal roti yang sudah letakkan susu sebagai santapan waktu rehat aku.
Kemudian beliau pulang.

Namun begitu aku telah pun diberikan taklimat ringkas oleh Allahyarham ayah aku. Ayah aku kata :

' hang kalau nak rasa tali pinggang, hang teriak la kat sekolah besok'


nota tercicir

Mana boleh aku nangis dekat sekolah. Aku dah janji dengan kawan sekampung aku nak lawan 'spedo' kat sekolah dan lawan main gasing. Aku seorang jaguh gasing satu ketika dahulu. Baju sekolah yang putih dan suci murni itu menjadi seperti surat khabar lama untuk membalut belacan pada ketika itu.
Akibatnya aku dikejar keliling rumah dengan Allahyarham ayah aku.(kena jugak!!)

seronok tengok telatah budak2 ni tadi. macam2 yang jadi....

....................................................................................

KEMELESETAN KESIHATAN

1.19am

Sudah menjangkau dinihari...
Badan aku terasa sejuk sekejap, panas sekejap.
Amat-amat kurang selesa.

Kesihatan aku agak terganggu dalam 2 3 hari yang sudah berlalu.
Badan agak sedikit lemah, tekak semakin perit serta desakkan batuk aku semakin berlarutan.

Kata mak aku: Aku selalu keluar malam dan balik lewat. Berembun selalu.
Aku hanya menadah telinga menerima bebelannya.

Kata seorang kawan aku: Aku kuat sangat merokok dan berembun sampai lewat malam.
Aku hanya mengatakan aku ok sahaja. Jangan risau.

Harap-harap dalam masa 1 atau 2 hari lagi akan beransur 'kebah' semula.

nota tercicir
sejak kesihatan terganggu, aku isytiharkan perang dengan panadol atau segala jenis ubat yang sewaktu dengannya. (mereka adalah musuh aku sekarang)
aku teringin nak bermalam di wad la...


....................................................................

03 Januari 2009

PENGADU DAN PENDENGAR PENGADUAN

Menarik nafas untuk menikmati segarnya udara tahun baru.

Sempat...dan tersekat-sekat.

Seperti sedia kala, tiada kelainan melainkan sama sahaja.

Ya..sama sahaja!

Tiada rasa manis, masam mahupun tawar.

Yang dirasakan hanya pahit...BENAR!

Pahitnya lebih dari hempedu.

Dugaan, cabaran, masalah, rungutan, mengeluh sama seperti itu.

Hari cerah hanya merindukan mendung yang menanti turunnya hujan.

Bersendirian menjadi pilihan yang cukup tidak munasabah ketika ini.

Mencari pendengar pengaduan tidak semudah mencari pucuk paku di belakang rumah.

Sekali lagi kotak kecik dan sebilah mancis itu mengejar untuk memerangkap.

Lapik kaki yang melindung sudah nipis...lemparkan! Untuk mendapatkan kelajuan berlari.

Menunggu! Menanti! Bukan masanya...

Siapa?

Siapa?

Siapa?

Menoleh!

Tiada...Sendiri hanya ada kelemahan dan kepenatan.

nota tercicir

...................................................................

01 Januari 2009

PERHIMPUNAN SUCI

8.3opm

Sudah menjadi kebiasaan pada aku, paeh, jeli, fazeli, panjang, cik dan beberapa ahli baru untuk membuat perhimpuan tahunan seperti malam ini. Kali ini dengan kutipan wang sebanyak RM3o.oo seorang maka berlangsung lagi party liar 'bbq' sempena menyambut kedatangan tahun baru kata mereka.(mereka kata, aku tak kata)

Bak kata 'makcik pojie'(nama sebenar makcik ni Fauziah) :
"Kome nie pantang menyambut, ade je benda kome buat ye!"

Walaupun terlewat sehari kerana semalam mengalami masalah cuaca yang kronik maka ditunda hari ini.(tu pun hujan jugak di pertengahan langsungan party liar tadi)

TERHARU!

Jika selalu party seperti ini pasti menjanjikan hidangan air setan dan tarian bogel dari gadis-gadis atau tarian poco-poco dari kumpulan gerakkan wanita maju felda aku. Namun tidak pada kali ini. Tidak sama sekali di ulangi lagi TIDAK SAMA SEKALI.

Kali ini party liar ini tidak dicemari dengan perkara-perkara mugkar seperti yang sudah-sudah. Aku pun pelik..sumpah pelik sangat-sangat. MENGAPA terjadi seperti itu?

Namun begitu ia tetap mengeratkan hubungan tali rafia atau tali pancing antara aku dan mereka semua.

p/s Acara akan berlangsung lagi dalam masa terdekat. Mungkin semasa menyambut tahun baru cina pulak.
(pantang menyambut!)

RAMALAN HOROSKOP 2oo9 *ramalan lagi....

Kerbau (1949, 1961,1973,1985,1997 dan 2oo9)

Perlu bekerja keras tahun ini. Tahap kesihatan dan hubungan adalah tidak stabil.

KENYATAAN: Berikan perhatian terhadap apa yang anda katakan 'kerana mulut badan binasa'.


Adakah kamu semua percaya?

AKU?

Entah....!!!

Aku salah seorang yang memakai horoskop kerbau ini.

Persetankan itu semua!

*Untuk korang yg berbintang selain kerbau ingin mengetahui segala isi ramalan kamu sila selak akhbar KOSMO! halaman 19. Kalau nak tau la. Kalau tak, tak payah rajin sangat!


RAMALAN ADAKAH IA MEMPENGARUHI??

TAHUN PENUH GELORA/TAHUN 2OO8 LEBIH BAIK

Begitulah bunyinya tajuk sebuah artikel dalam sebuah akbar tempatan. Ngeri tak wei...ngeri bukan?

Seorang Perunding Feng Shui MERAMALKAN:
"secara amnya, tahun ini bukan tahun yang baik. Tahun 2oo9 ialah tahun yang sukar khasnya dari aspek ekonomi di dalam dan luar negara..."

Yang menarik perhatian aku sebagai seorang pembaca akhbar dan pemerhati yang rabun setelah membaca ulasan perunding tu :

1. Kanser, kemalangan dan kematian. Ketiga-tiga perkara negatif ini dijangka mendapat perhatian.
2. Tapak tanah perkuburan boleh menjadi satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Seorang Penilik Astrologi (Master Vasthu Sastra) :
" memandangkan planet-planet itu menguasai faktor politik dan ekonomi dan terletak pada garisan yang lemah, kemunduran industri perdagangan akan dirasai secara mendadak..."

KENYATAAN yang menarik dari anak murid beliau di Malaysia berkata:

"mulai bulan ini, syarikat2 kewangan juga menawarkan lebih banyak pakej pinjaman dan kadar sewa beli yang menarik. Rumah2 dijual atau disewa pada harga yang rendah"
(bleh la kumpul harta tahun ni)

Aku ketawa sendiri.....

Malas untuk aku mengemudi otak songsang aku untuk berfikir yang berat2 hari ini memandangkan 'public holiday'!!

Kemudian aku fikirkan....


PINTU DI KETUK-KETUK...

2.o2am

eh..eh..
Saudara 2oo9, sila la masuk.Jangan malu-malu pulak.

Hari ni dan seterusnya apa yang menanti agaknya ye saudara 2oo9?

................?