25 November 2008

Buah Hati

Nurin Afza Adlina

"Sempurna Sudah Separuh Agama Kamu"

Keluarga Aku Yang Sangat-Sangat Majmuk

Anak Pak Cik Aku

Alahai...Dapat Gelas!!

Ini Adik Ipar Kakak Aku

Pelapis Penari MakYong

Persembahan MakYong

Ada Juga Tarian Canggong

Dimeriahkan Dengan Tarian Zapin

Selera Sungguh



Alhamdullilah......
Syukur benar aku setelah pernikahan 2 mempelai ini selamat dilangsungkan dengan sempurna dan meriahnya.
Walaupun pada mulanya aku dan ahli keluarga aku yang lain terpaksa mengharungi pelbagai masalah untuk ini semua atas kisah lama yang menghantui.
Namun Semuanya selesai dengan aman dan damai.
Selamat Pengantin Baru untuk Haliza Bt Ghazali dan Mohd.Yusrie B. Mohd. Satar.
Sepanjang majlis kenduri tersebut lensa kamera aku yang dikendalikan oleh aku sendiri yang sememangnya seorang yang berotak nakal sempat merakam gambar-gambar yang tidak seberapa ini.

21 November 2008

Rentetan Perjalanan dan Cerita Sekaki Payung

Penantian Sebuah Penyeksaan

Dilarang Merokok

Siapakah Pelancong Ini?


Sampai sudah melewati jam 01.30 petang. Kemudian setelah jam menghampiri pukul 02.30 petang hujan mula turun dengan lebatnya membasahi Bumi Kenyalang khususnya landasan di mana penerbangan aku AK 5209 akan menggunakannya.

Oleh yang demikian, penerbangan aku dari Kuching ke Kuala Lumpur terpaksa di tunda selama kira-kira 30 minit. Sudahlah begitu semua penumpang penerbangan tersebut hanya dibekalkan dengan sekaki payung untuk meredah hujan tersebut.

Terdengar oleh telinga aku yang agak peka ini terhadap sepotong ayat yang dilontarkan oleh salah seorang penumpang penerbagan tersebut seperti aku juga. Katanya, " inilah pengurusan AirAsia yang BODOH ".

Entah! Aku jga tidak tahu untuk berkata apa. Cuma timbul rasa sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh penumpang tersebut. Tetapi aku menyokong bukan untuk diri aku, tetapi untuk seorang lelaki buta yang berumur kira-kira pertengahan 60 tahun. Lelaki buta tersebut di usung menggunakan kerusi roda untuk meredah hujan tersebut dan berbekalkan sekaki payung yang disediakan.

Pendaratan berlaku kira-kira melepasi jam 05.00 petang.

Alhamdulillah....

20 November 2008

Terbang Tinggi di Awan Biru


Ketikanya sudah tiba untuk aku meninggalkannya. Semua perkara telah aku selesaikan hanya menunggu masanya tiba untuk berangkat pergi. Penerbangan dijangka berlepas sekitar pukul 03.05 petang dan mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

Terima Kasih kerana menggunakan perkhidmatan AirAsia 'now everyone can fly'.

19 November 2008

Semoga Selamat dalam Perjalanan

Ucapan selamat jalan untuk kawan-kawan aku yang terdiri daripada sahabat baik dan rakan seperjuangan dari tempat aku menuntut ilmu yang sudah mula berangkat pulang hari ini.

Moga kita akan dapat bersua muka lagi.....

Penyelesaian yang telah lama dinanti-nantikan


Sejak Julai 2005 aku mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hinggalah hari ini tanggal 18 November 2008 maka berakhirlah sudah segala usaha dan kepenatan serta kelelahan aku dalam mengharungi liku-liku dalam menuntut ilmu di sebuah institut pengajian yang bernama Universiti Malaysia Sarawak.

Kesempitan pemikiran aku yang sesak dengan pelbagai perkara yang aku simpan didalamnya kini mula memberikan sedikit ruang untuk aku menambah dengan perkara-perkara lain serta memberikan kelawasan untuk aku berfikir secara agak lebih normal. Kesempitan yang disesakkan dengan pelbagai matapelajaran yang ditawarkan atau yang menawarkan dalam usaha untuk memantapkan pengetahuan aku kini sudah aku selesaikan dengan baik walaupun hakikatnya ada yang tidak berapa baik dari pandangan orang lain mungkin.

Namun aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Selepas ini kaki aku akan mula melangkah setapak kehadapan lagi untuk memasuki ke alam yang ada di hadapan aku dan mungkin jika masih diberikan rezeki dari Yang Maha Esa, mungkin aku akan dapat merasakan lagi kenikmatan atau kesengsaraan dalam usaha untuk memantapkan pengetahuan aku dalam perkara yang aku cari dalam memajukan diri aku.

MENGAPA???


Mengapa aku menulis dalam Bahasa Melayu?

Petikan dari sebuah buku tulisan seorang aktivis di Malaysia.

“ saya menyokong penggunaan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu. Saya menyokong kerana Bahasa Melayu inilah yang menjadi alat perantaraan antara kita semua sebagai warga negara Malaysia. ..”

“ saya mengakui bahawa bahasa akan dapat mengikat identiti diri yang boleh dikongsi bersama. Tetapi saya juga menolak hujah yang mengatakan bahawa bahasa adalah satu-satunya unsur yang boleh melahirkan perpaduan. Lihat sahaja 100 juta penduduk arab semuanya bertutur dalam bahasa Arab dan beragama Islam tetapi apa yang terjadi?”

“ dalam kes negara kita ini, amat jelas bahawa bahasa yang perlu dinobatkan sebagai bahasa perhubungan di antara kita semua sebagai warganegara ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa strategik atau bahasa asas untuk kegunaan kita semua. Oleh yang demikian, rasa saya tidak wujud semangat sempit untuk menerima sesuatu yang strategik sebagai agen perubahan yang membawa kepada kejayaan…” -Hishamuddin Rais -

Aku tidak menolak untuk mempelajari dan menggunakan bahasa kedua, ketiga atau seterusnya kerana aku juga mempelajari dan menggunakannya. Cuma aku hanya berfikir dan memandang dari sudut yang berbeza sahaja. Ini pendapat -aku-